tips untuk menjadi individu dihormati dan disegani ramai

Menjadi individu yang dihormati dan disegani menjadi dambaan semua orang.Namun, tidak semua tahu cara cara untuk meningkatkan diri untuk menjadi individu yang dihrmati ramai.

Saya titipkan beberapa tips untuk kegunaan kita sebagai panduan diri kita...

1-kurangkan melakukan perkara bodoh yang boleh memakan diri kita dan merosakkan reputasi kita sebagai individu yang ingin dihormati..

2-elakkan bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau hadkan perkomunikasian kite tentang hal hal yang tidak bermanfaat ketika berkomunikasi dengan orang lain

3-jangan menjadi indvidu yang suka mengumpat atau menghina orang lain kerana ia dapat menghakis perasaan hormat dalam diri orang lain terhadap kita dan menunjukkan imej diri kita yang buruk kepada khalayak ramai

4-selalu membantu orang lain yang berada dalam kesusahan walaupun tidak seberapa pun pertolongan yang kita hulurkan hatta sekecil zarah sekalipun,masyarakat luar akan memandang kita dengan penuh hormat

5-gunakan kemampuan dalam diri untuk memprodukkan sesuatu benda yang baru atau diluar jangkaan orang ramai serta memberikan faedah kepada masyarakat luar

6-tidak menjadi seorang yang hipokrit dalam diri anda atau cuba meniru personaliti orang lain hanya kerana ingin disegani orang ramai.cuba belajar menjadi diri sendiri walaupun tidak sehebat seperti yang kita inginkan.menjadi diri sendiri lebih baik dari hidup yang selalu terkongkong kerana ingin menjadi orang lain

7-perlulah mempunyai karisma dan personaliti yang tersendiri supaya dapat menarik minat orang lain dan dapat dijadikan role model kepada orang luar

8-personaliti dan karisma tidak cukup untuk menjadi individu yang disegani tetapi perlu diterapkan dengan hasil kerja yang kreatif serta memberikan inspirasi kepada orang ramai.Hasil produktiviti kerja yang bagus akan dapat dijadikan rujukan orang lain

9-perlu mempunyai misi dan visi yang utuh walaupun digoncang dengan arus kehidupan di zaman moden ini.Dengan mempunyai misi serta visi yang utuh,ia dapat membantu kita menangkis pelbagai cabaran hidup dan menghalang kita daripada menjadi individu yang tidak mempunyai pendirian hidup.

10-hormati orang lain sebelum diri kita dihormati masyarakat luar.Jangan kita selalu memandang rendah kehidupan orang lain atau memperkecilkan minat serta kebolehan orang lain yang tiada pada diri kita.Sebaiknya kita menghormati bakat dan pendirian orang lain dan memberikan kata-kata semangat untuk mereka agar mereka terus berada di landasan yang betul untuk mereka meningkatkan kebolehan dalam diri mereka.


Tips tips di atas menerangkan kepada kita tentang bagaimana untuk kita berasa dihormati dan disegani.Jangan berasa iri hati atau cemburu terhadap kebolehan orang lain,sebaliknya kita belajar untuk perbaiki diri kita ke arah yang lebih cemerlang..sekian terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan